in , , , ,

Headbanging Bersama Metal: Hellsinger Dalam Menumpaskan Raksasa Neraka Mengikut Rentak Irama

Guitar Hero, Just Dance, Beat Saber bertemu dengan Doom. Maka terjadilah Metal: Hellsinger.

Metal: Hellsinger merupakan sebuah game FPS yang mengikut rentak irama setiap kali pemain menghentak bunyi heavy metal. Pemain akan mulakan dengan drum, tapi lebih banyak pemain membunuh raksasa. Rentak muzik akan menjadi semakin tinggi dengan gabungan vokal dan pelbagai lagi elemen.

Dibangunkan oleh The Outsiders dan diketuai oleh David Goldfarb yang pernah menjadi pengarah game untuk Payday 2, ketua pereka untuk Battlefield 3 dan Battlefied: Bad Company. Game ini akan dikeluarkan untuk PS4, PS5, Xbox One, Series X dan PC pada tahun 2021.

The Outsiders mengumpulkan bakat-bakat yang terkenal untuk menghasilkan soundtrack yang mantap antaranya seperti Matt Heafy of Trivium, Mikael St Anne of Dark Tranquillity, Björn Strid dari Soilwork dan Alissa White-Gluz dari Arch Enemy.

Sumber: VG247

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Tonton Trailer Rasmi Voidtrain – Pemain Menjelajah Ke Pelbagai Dimensi Dengan Keretapi

Wasteland 3: Pilih Pihak Mana Yang Korang Sokong Di Dunia Pasca-Apokaliptik Colorado