in , , ,

HBO Memperlihatkan Sekilas Pandang Pertama Siri The Last of Us – Saksikan Pascal, Ramsey Sebagai Joel, Ellie

Setelah sekian lama kita menanti, akhirnya HBO telah memperlihatkan teaser pertama siri tv The Last of Us.

Teaser ini hadir dalam satu trailer lebih panjang yang memaparkan beberapa kandungan baharu yang akan tersedia untuk platform streaming HBO Max.

Selepas memperlihatkan beberapa siri seperti House of the Dragon, The Idol, Love and Death, Succession, The White Lotus dan lain-lain, HBO berkongsikan buat kali pertama sekilas pandang Pedro Pascal dan Bella Ramsey sebagai Joel dan Ellie.

Dalam paparan sekitar 20 saat itu, kita dapat lihat Joel dan Ellie berjalan di kawasan bersalji, petikan perbualan yang sama dari game, aksi debaran Joel melindungi Ellie, sisa-sisa Clicker dan Nick Offerman sebagai Bill.

Jom saksikan:

Sebelum ini, mereka ada berkongsi gambar pertama Joel dan Ellie ketika sedang bersembunyi daripada sesuatu.

Kita belum tahu berapa banyak musim akan diterbitkan, namun kita sudah mengetahui bahawa musim pertama ini akan berdasarkan game pertama The Last of Us yang dilancarkan pada 2013, serta mempunyai 10 episod.

Dua bintang Game of Thrones, Pedro Pascal dan Bella Ramsey kembali bersatu sekali lagi dalam siri televisyen terbitan HBO, sebagai duo yang cukup ikonik dalam The Last of Us, Joel dan Ellie. 

Gabriel Luna bakal membawakan watak Tommy; pelakon Marlene dari game, Merle Dandridge akan menghidupkan watak yang sama; Nico Parker sebagai Sarah; Anna Torv sebagai Tess; Nick Offerman sebagai BillMurray Bartlett sebagai Frank; dan Storm Reid sebagai Riley.

Pelakon suara untuk Joel dan Ellie dari game asal, Troy Baker dan Ashley Johnson akan turut membintangi siri tv ini sebagai antara watak utama. Namun, mereka belum dedahkan siapakah watak-watak tersebut.

Kerusi pengarah untuk episod pertama diisi oleh Kantemir Balagov, pembikin filem berasal dari Rusia yang cukup terkenal melalui kerjanya untuk drama yang telah memenangi banyak anugerah, Beanpole.

Neil Druckmann juga merupakan salah seorang pengarah episod.

Gambar pertama dari set penggambaran pernah dikongsikan secara rasmi, memaparkan Joel, Sarah dan Tommy dalam satu babak di dalam sebuah kereta.

Penerbitan siri tv adapatasi The Last of Us ini diketuai oleh Craig Mazin — insan yang bertanggungjawab menulis dan menerbitkan siri televisyen Chernobyl di HBO yang mendapat pujian ramai. Beliau akan menulis jalan ceritanya bersama-sama dengan orang kuat dari Naughty Dog sendiri, Neil Druckmann.

HBO telah mendedahkan sebelum ini yang siri ini tidak akan mula tayangan pada 2022.

The Last of Us merupakan siri tv hasil kerjasama HBO, Sony Pictures dan PlayStation Productions.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply
  1. Your article gave me a lot of inspiration, I hope you can explain your point of view in more detail, because I have some doubts, thank you.

JomKomen!

Loading…

0

Rasmi: Death Stranding Akan Dilancarkan Ke PC Game Pass, Saksikan Trailer Ada Logo Sony

Sony Dilaporkan Sedang Membikin Filem Days Gone Dari Penulis X-Men: First Class