in ,

Hati-Hati, Gameplay Baru Dan Butiran Cerita Utama The Last of Us Part II Telah Tertiris

Seperti tidak cukup dengan apa yang terjadi awal bulan ini, satu lagi gameplay lain The Last of Us Part II telah tertiris. Lebih membimbangkan, gameplay tersebut memperlihatkan butiran jalan cerita yang besar.

Menurut Push Square, gameplay yang tertiris itu memperlihatkan rakaman yang tidak pernah terlihat sebelum ini, beberapa cut-scene, paparan menu, serta terdapat juga gameplay multiplayer yang dikatakan belum siap.

Gameplay multiplayer ini semestinya mengejutkan kerana pada September 2019 lalu, Naughty Dog mendedahkan bahawa tiada mode multiplayer akan dilancarkan bersama-sama dengan mode single-player kerana mereka mempunyai perancangan yang lebih besar untuk mode multiplayer.

Bagi menghormati Naughty Dog, kami tidaklah akan berkongsikan gameplay tersebut, malah penulis sendiri tidak melihatnya kerana sebagai peminat game ini semestinya kita tidak mahu menontonnya sebelum kita sendiri memainkannya.

Artikel ini adalah bertujuan untuk memberikan amaran kepada para pembaca agar berhati-hati kerana pastinya gameplay tersebut telah tersebar luas di Internet pada ketika ini.

Tarikh pelancaran The Last of Us Part II telah sekali lagi ditunda, yang mana pada kali ini, tiada sebarang tarikh baharu diumumkan. Semuanya kerana kegusaran Naughty Dog terhadap logistik yang bakal dihadapi unit fizikal game ini nanti akibat penularan wabak COVID-19.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Rumah Minangkabau Dalam The Sims 4 - Pemain Ini Buat Dekorasi Rumah Kampung Melayu

Rumah Minangkabau Dalam The Sims 4 – Pemain Ini Buat Dekorasi Rumah Kampung Melayu

Map-Map Nostalgia Bakal Kembali Dalam Battlefield V, Saksikan Trailer Terbaru Pertempuran Pasifik

Selamat Tinggal Battlefield V – DICE Umumkan Kemaskini Utama Terakhir Pada Jun Ini