in ,

Harry Potter Versi RPG Berjudul Harry Potter: Hogwarts Mystery Diumumkan Untuk Mobile

Teringin nak jadi seperti Harry Potter, Hermoine Granger atau Ron Weasley?

Harry Potter: Hogwarts Mystery adalah sebuah game RPG mobile dibangunkan oleh Jam City dan diterbitkan di bawah Portkey, label game baru bagi Warner Bros.

Melalui game ini, pemain berpeluang untuk reka satu karakter dan bermain sebagai seorang pelajar menetap di sekolah Hogwarts penuh magik dan berbahaya ini.

Pemain boleh mendaftarkan diri ke kelas-kelas dan aktiviti magik yang peminat Harry Potter mahu belajar seperti kelas Defense Against the Dark Arts, Potions, Duelling Club dan banyak lagi. Lebih-lebih lagi, tenaga pengajar ikonik dalam dunia Harry Potter juga akan muncul kembali dalam game ini.

Namun, kita masih lagi tidak tahu bagaimana gaya game ini akan dipersembahkan dan bagaimana cara untuk berinteraksi dalam kelas-kelas ilmu sihir itu. Judul “Hogwarts Mystery” juga mungkin merujuk kepada satu cerita baru tetapi tidak dijelaskan oleh pihak pembangun.

Setakat ini, tiada lagi tarikh rasmi diumumkan untuk Harry Potter: Hogwarts Mystery dikeluarkan untuk Android dan iOS.

Selain Hogwarts Mystery, Harry Potter juga mendapat satu lagi game mobile AR yang dibangunkan oleh Niantic yang terkenal dengan Pokemon GO iaitu berjudul Harry Potter: Wizards Unite bakal dilancarkan pada tahun hadapan.

Written by Intan Zarthana

Peminat besar Dragon Age, The Last of Us dan Uncharted. Sukakan game yang ada jalan cerita yang bagus.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Korang Dah Boleh Beli Year 3 Season Pass Dalam Rainbow Six Siege, Ini Apa Yang Korang Akan Dapat

Life is Strange Akan Tiba Ke iOS Minggu Ini Dan Akan Datang Bagi Versi Android