Para peminat game bola sepak pastinya sudah mengetahui bahawa buat pertama kalinya dalam sejarah, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan dibawa masuk secara rasmi dalam game bola sepak Konami, eFootball PES 2020.

Seperti yang telah kami jelaskan sebelum ini, disebabkan Konami dan AFC Champions League menjalin kerjasama, dan JDT pula telah layak ke peringkat kumpulan kejohanan kelab terbesar Asia itu pada musim ini, maka, kita dapat melihat dan bermain JDT dalam PES 2020.

Terima kasih kepada NEST Gaming kerana berkongsi paparan video ini yang mereka dapat lebih awal, kita dapat menyaksikan pandang pertama JDT dalam game ini. Dalam video di bawah, korang akan dapat lihat jersi-jersi, statistik para pemain, dan wajah para pemain JDT.

Kalau korang perhatikan laman sosial rasmi JDT, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) juga telah mencuba JDT menentang Juventus dalam PES 2020. Korang boleh saksikan gelagat Tuanku di bawah:

View this post on Instagram

#JDT #PES2020 #LuaskanKuasamuJohor

A post shared by JOHOR DARUL TA’ZIM FC (@officialjohor) on

Teruskan bersama JomGaming kerana dalam masa terdekat kami akan memuatnaik lebih banyak screenshot dan gameplay JDT dalam PES 2020.

eFootball PES 2020 akan dilancarkan sepenuhnya pada 10 September 2019 untuk PC, PS4 dan Xbox One.

JomKomen!