in ,

Harga, Tarikh Pelancaran PS5 Di Malaysia Diumumkan – RM1,869, RM2,299, 11 Disember

Setelah sekian lama menanti, harga dan tarikh pelancaran PS5 untuk pasaran Malaysia akhirnya diumumkan oleh Sony Interactive Entertainment Singapore Private Limited (SIES).

PS5 Edisi Digital akan dipasarkan dengan harga RM1,869, manakala harga PS5 Edisi Disk pula ialah RM2,299. Kedua-dua edisi konsol ini akan dilancarkan pada 11 Disember 2020.

Pra-tempah akan dibuka bermula esok iaitu 12 November 2020.

Berikut ialah senarai 27 kedai tempatan rasmi yang disahkan oleh Sony yang membuka pra-tempah PS5:

  • SONY STORE KLCC
  • SONY STORE THE CURVE
  • ALFA GAME CENTRE
  • CK MULTIMEDIA SYSTEM
  • GAMER’S HIDEOUT SDN BHD
  • GAMING GADGETS SDN BHD
  • HEAVYARM U GARAGE STORE
  • HG TIME ENTERPRISE
  • IMPULSE INTERNET CAFE & BISTRO SDN
  • MAGICGATE TECHNOLOGY SDN BHD
  • MANOPANIQ MANAGEMENT
  • MAXLINK INTEGRATED SDN BHD
  • MICKY TRADING
  • MISSION WORLD ENTERPRISE
  • TINYROBOT SDN BHD
  • ALL IT HYPERMARKET SDN BHD
  • PINEAPPLE COMPUTER SYSTEMS SDN BHD
  • SONY CENTRE IMAGO
  • SONY CENTRE MID VALLEY SOUTHKEY
  • SONY CENTRE SUNWAY PYRAMID
  • SONY CENTRE MID VALLEY MEGAMALL
  • SONY CENTRE KARAMUNSING
  • SONY CENTRE IOI CITY MALL
  • SONY CENTRE LOW YAT PLAZA
  • SONY CENTRE VIVACITY
  • SONY CENTRE QUEENSBAY MALL
  • SONY CENTRE IPOH PARADE

Selain harga konsol itu sendiri, Sony turut mengumumkan harga untuk aksesori-aksesori tambahan yang ada untuk PS5. Berikut ialah harganya:

  • DualSense™ Wireless Controller (standalone) – RM349 
  • PULSE 3D™ wireless headset – RM469
  • HD Camera — RM279 
  • Media Remote – RM149 
  • DualSense™ Charging Station – RM149

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

PS5 Disahkan Boleh Menggunakan Keyboard/Mouse, Tapi Terpulang Kepada Pembangun Game

FIFA 21 Kongsi Screenshot Pertama Untuk PS5 Dan Xbox Series X