in

Harga Internet Di Malaysia Akan Turun Sehingga 25% Menjelang Akhir Tahun 2018

Sumber gambar: The Malaysian Insight.

Dua puluh lima persen!

Sumber gambar: The Malaysian Insight.

Sebelum ini, YB Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia sudah mula bertemu dengan syarikat-syarikat telekomunikasi dalam negara untuk membincangkan pelan kerajaan dalam mempertingkatkan kelajuan internet dan mengurangkan harganya. Terbaru, beliau telah berkongsi lebih lanjut tentang apakah perancangan mereka buat masa ini.

YB Gobind mengatakan yang mereka menyasarkan harga perkhidmatan internet bakal turun sekurang-kurangnya sehingga 25% menjelang penghujung 2018 ini, lapor The Malaysian Insight.

Penurunan harga ini adalah selari dengan implementasi Mandatory Standard on Access Pricing (MSAP) yang dijangka tamat sekitar Ogos nanti, seterusnya memberi kesan kepada harga perkidmatan internet di Malaysia. Ini kemudian akan membenarkan syarikat telekomunikasi tempatan menawarkan perkhidmatan mereka kepada pengguna dengan harga lebih rendah daripada apa yang ditawarkan sekarang, seperti yang telah dinyatakan sebelum ini oleh CEO TIME, Afzal Abdul Rahim.

Penurunan harga Internet sehingga 25% ini hanyalah apa yang bakal berlaku untuk tahun ini. Penurunan dijangka akan lebih besar pada tahun hadapan kerana pada bulan lalu YB Gobind telah mendedahkan yang kerajaan akan berusaha untuk menggandakan kelajuan jalur-lebar, tetapi ditawarkan dengan separuh harga berbanding hari ini.

Sama-samalah kita berdoa agar penurunan harga ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan segera, supaya kita gamers boleh bermain game-game online sambil tersenyum.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

DotA 2: The International 2018 – Berapa Banyak Prize Pool Kali Ini?

The Division 2 Akan Ada Microtransactions, Tetapi Terhad Kepada Kosmetik Sahaja