in ,

Harga Dan Tarikh Pelancaran Xbox Series X Diumumkan, Boleh Bayar Ansuran Secara Bulanan

Microsoft sejak 2, 3 hari ini cukup sibuk dengan berita konsol generasi akan datang mereka. Setelah mengumumkan lebih awal butiran tentang Xbox Series S, Microsoft kini telah berkongsikan pula butiran lebih lanjut tentang konsol seterusnya yang utama, iaitu Xbox Series X.

Xbox Series X, iaitu pesaing utama kepada PS5, akan dilancarkan sama tarikh dengan Xbox Series S, iaitu pada 10 November. Xbox Series X akan dipasarkan pada harga USD499 (sekitar RM2,077).

Pra-tempah untuk kedua-dua Xbox Series X dan S akan dibuka pada 22 September ini.

Apa yang menarik ialah Microsoft telah mengumumkan yang mereka akan menawarkan program bayaran ansuran secara bulanan untuk konsol generasi seterusnya ini, yang digelar Xbox All Access.

Untuk Xbox Series S, pemain boleh membayar USD24.99/bulan (sekitar RM104) dalam tempoh 24 bulan, manakala untuk Xbox Series X pula boleh didapatkan dengan USD34.99/bulan (sekitar RM145) dalam tempoh yang sama.

Xbox All Access ini bukan hanya menawarkan konsol tersebut semata-mata, malah didatangkan sekali dengan langganan Xbox Game Pass Ultimate. Bermakna, apabila membeli konsol ini secara ansuran bulanan, pemain akan mendapat kelebihan berikut:

  • Konsol pilihan (Xbox Series X atau Series S).
  • Lebih daripada 100 game konsol, termasuk yang dioptimakan untuk generasi seterusnya.
  • Lebih daripada 100 game PC.
  • Langganan EA Play iaitu lebih 60 game keluaran EA (EA bekerjasama dengan Xbox untuk memasukkan langganan EA Play ke dalam Xbox Game Pass tanpa sebarang caj tambahan).
  • Lebih 100 game daripada cloud.

Walau bagaimanapun, Xbox All Access ini hanya ditawarkan secara rasmi di 12 buah negara, dan sudah tentunya, seperti sebelum-sebelum ini, Microsoft tidak membawakan produk mereka secara rasmi ke pasaran Malaysia.

Xbox All Access ini sememangnya sesuatu yang amat baharu dalam pasaran persaingan konsol ini. Tak sabar untuk kita saksikan bagaimana penerimaan para pemain terhadap program bayaran ansuran secara bulanan seumpama ini.

Tumpuan kini pula terarah kepada Sony dan PS5. Bilakah mereka akan mendedahkan segalanya tentang PS5, terutamanya harga dan tarikh pelancarannya? Sama-samalah kita semua nantikan.

What do you think?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

PUBG Mobile Akan Kembali Ke India Tanpa Tencent Sebagai Penerbit

Semua Pemain Call Of Duty: Black Ops Cold War Di 5 Platform Berbeza Boleh Main Bersama, Saksikan Trailer Baru

Semua Pemain Call Of Duty: Black Ops Cold War Di 5 Platform Berbeza Boleh Main Bersama, Saksikan Trailer Baru