Intel akan menerima saingan hebat dengan CPU terbaru AMD ini.
Tinggal beberapa minggu lagi untuk AMD melancarkan CPU terbaru mereka iaitu Ryzen. Kini terdapat beberapa website dengan tidak sengaja mengeluarkan harga bagi beberapa model CPU Ryzen – iaitu Ryzen 7 1800X, 1700X dan 1700.
Apa yang menarik dari info tertiris ini, Ryzen 7 1700 yang dikatakan mempunyai 8 cores dan 16 threads bakal dijual hanya pada USD317 (~RM1407.17). Harus diingatkan bahawa prestasi CPU ini adalah setanding dengan Core i7-6900K keluaran Intel yang biasanya dijual pada harga ~RM4500.

Kemaskini: Website dari UK juga telah menyatakan harga bagi Ryzen R7 1800X (£365.65), 1700X (£283.31) dan 1700 (£235.35).
Berdasarkan prestasi/harga yang telah tertiris ini, kami yakin AMD Ryzen bakal menjadi pilihan ramai pengguna apabila ianya mula dipasarkan kelak.
Comments
Loading…