in , , ,

Hardware: Rivals: Perang Kereta Perisai Ala-ala Twisted Metal!

hardware-rivals-001

Korang rindu game Twisted Metal? Mungkin game ni akan mengubat kerinduan korang. Mungkin tak sehebat Twisted Metal, tapi penulis harap game ini akan dapat di hati gamers-gamers semua.

Developer SCE Connected Content Group mengumumkan game Hardware: Rivals akan ke konsol Playstation 4 pada 5 Januari 2016.

Game yang berkonsepkan Vehicular Combat ini boleh dimainkan secara single player dan juga multiplayer. Korang perlu memilih 2 jenis kenderaan iaitu Tank dan juga Fast Attack Vehicles (“FAV”s).

hardware-rivals-002

Seperti game Twisted Metal, misi korang ialah memusnahkan lawan korang dengan mengambil special weapon yang bertaburan di map dan gunakan untuk melenyapkan musuh korang.

Jom usha trailer Hardware: Rivals :

Kalau minat apalagi, takkan tak reti-reti lagi, kumpul la duit tu guys. So setanding atau tak game ni dengan Twisted Metal, kita tunggu 5 Januari ni.

ADIOS!

Written by Hans Yusoff

Lebih dikenali dengan panggil Abah, beliau seorang peminat setia Dota 2, dan bercita-cita tinggi untuk mempunyai sebuah pasukan DotA satu hari nanti.

Juga meminati game bergenrekan FPS dan juga RPG. Jika tidak bermain game beliau adalah seorang Abah yang penyayang.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Battleborn: Game Menembak Yang Ohsem!

The Banner Saga: Game Taktikal Versi Viking!