Kepada korang yang hangin sangat dengan Diablo Immortal tu…
Blizzard menamatkan BlizzCon minggu lepas dengan mengumumkan Diablo Immortal, game action RPG di platform mobile. Game ini terus menerima kecaman peminat yang mengharapkan pengumuman Diablo 4 sehinggakan Blizzard terpaksa mengeluarkan kenyataan – Diablo Immortal adalah seperti filem Star Wars: Rogue One yang wujud dalam universe Star Wars yang lebih luas, tetapi masih boleh ditonton dan dinikmati secara berasingan.
Nampaknya Blizzard masih tidak memahami intipati kecaman peminat. Pada 17 Oktober lalu, Blizzard telah mengumumkan “Diablo at BlizzCon 2018”. Walaupun artikel tersebut menulis “projek Diablo yang berlainan”, ramai peminat menganggap ianya berita berkaitan Diablo 4! Artikel ini dan seterusnya pengumuman Diablo Immortal menimbulkan kecaman berterusan daripada peminat yang menganggap game mobile tersebut lari daripada intipati Diablo itu sendiri.
Paling menarik, menerusi satu artikel Kotaku, terdapat sumber-sumber yang mengatakan, Blizzard telah merakamkan video projek terbaru Diablo bersama Allen Adham, co-founder Blizzard. Lagi menarik, video tersebut tidak diudarakan di BlizzCon. Bagaimanapun, artikel tersebut, menerusi sumber-sumber mereka, mengesahkan Diablo 4 sedang dalam pembikinan. Cumanya ia belum sedia untuk diumumkan di BlizzCon.
Diablo 3 yang dilancarkan pada Mei 2012, pelancaran expansion Reaper of Souls pada Mac 2014, pelancaran character pack Necromancer pada 2017 dan akhirnya pelancaran Diablo 3 di Nintendo Switch minggu lepas – dapat dilihat memang sudah sampai masanya Diablo 4 pula dilancarkan setelah sekian lama.
Apa pendapat korang? Korang nak yang mana? Diablo Immortal ke Diablo 4?
Comments
Loading…