in ,

Haram Main Game Tembak-Tembak, Dam Ular, Catur Dan Monopoli, Kata Seorang Penceramah Dari Pulau Pinang

Gambar sekadar hiasan. Sumber.

Kita sebagai gamers mungkin sudah biasa dengan kata-kata seperti “video game ini melalaikan”, “jangan terlalu leka dengan game”, “berpada-pada dalam bermain game” dan lain-lain yang seumpamanya. Tetapi, tidaklah pernah kita diungkapkan dengan kata, “bermain game itu haram.”

Gambar sekadar hiasan. Sumber.

Baru-baru ini, bekas naib juara program realiti agama “Pencetus Ummah” terbitan Astro, Shahul Hamid Seeni Muhammad telah menyatakan bahawa haram hukumnya untuk bermain beberapa game popular seperti game tembak-tembak, dam ular, catur dan monopoli.

Beliau menjawab sebegitu selepas diajukan soalan tentang soalan sama ada umat Islam dibenarkan bermain game dalam peranti pintar seperti iPad.

“Main game, apa yang saya faham, tak boleh main. Hukumnya haram. Main dam tak boleh, main chess tak boleh, main dam ular tak boleh,” katanya ketika menyampaikan ceramahnya.

Beliau turut melarang game-game bertemakan hartanah seperti Saidina dan Monopoli.

“Ada hadis, nabi larang kita main sebarang permainan ada dadu,” katanya.

Menurutnya, permainan seperti itu dilarang walaupun tidak melibatkan wang. “Tapi permainan lagu tu akan membawa kepada judi,” katanya.

“Budak-budak sekolah sekarang tuan-tuan tahu buat apa? Depa main game yang tembak-tembak itu. Yang macam askar tu, boleh pilih machine gun, boleh pistol. Dia duduk dekat kedai Internet 5 jam, 6 jam. Diorang main dok tembak-tembak. Tak boleh main, hukumnya haram,” sambungnya lagi.

Pada akhir video, Shahul mencadangkan game “bersifat Islamik”. “Tak adakah siapa-siapa engineer, buat game yang bersifat Islamik sikit, walaupun dia main game, tapi dalam masa sama dia faham Islam.”

“Saya ingat dulu masa saya mula-mula belajar komputer, dia ada ‘Typing Tutor’. Baguslah macam itu, game itu lebih bersifat ilmu.”

Sesi soal jawab itu asalnya dimuat-naik oleh channel YouTube Abu Khadijah. Walau bagaimanapun, semasa artikel ini ditulis, ia telah dipadamkan.

Di bawah, kami letakkan video yang sama itu, yang mana Facebook Page Jiwa Kacau sempat memuat-naik semula video tersebut.

Mungkin kita perlu bersangka baik. Mungkin beliau tidak mengetahui tentang pelbagai kebaikan yang ada semasa bermain video game. Di bahagian komen, apa kata korang berkongsi tentang apakah kebaikan-kebaikan yang korang telah lalui semasa bermain video game.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

PUBG Telah Memotong League of Legends Sebagai Game Yang Paling Ramai Dimainkan Di Korea

Banyak Screenshots Baru Untuk Story Mode Dalam Dragon Ball FighterZ Didedahkan Bandai Namco