Tajuk macam undang kontroversi – tetapi ada ulasannya.

Imam Othman al-Khamees baru-baru ini timbulkan kekecohan di kalangan gamers apabila video ceramah beliau disebarkan di Twitter.

Menurut laporan The New Arab, di dalam satu ceramah Dr. Uthmaan Al Khamees, beliau menjawab soalan daripada jemaahnya – “Berkenaan game-game elektronik yang semakin berleluasa (seperti PUBG), terutamanya yang melibatkan pemain daripada kaum lelaki dan kaum wanita bermain dan berkomunikasi bersama-sama semasa bermain bersama online – ianya adalah haram. Ini tidak boleh dibenarkan berlaku.”

Bagaimanapun, ini bukanlah kali pertama Imam ini mengutarakan pendapat beliau yang penuh kontroversi. Tahun lepas, beliau melarang wanita Islam daripada memakai seluar (melainkan memakai jubah ataupun pakaian yang menyembunyikan bentuk kaki dan peha) dan melarang wanita Islam daripada keluar bersendirian.

Di dalam video yang sama, beliau menambah, video game yang memaparkan gambaran ataupun karakter terlarang juga adalah haram bagi semua yang beragama Islam. Sebarang game yang menampilkan muzik ataupun soundtrack juga beliau sifatkan sebagai haram.

Menurut beliau, larangannya terhadap isu ini adalah kerana game-game sebegini melalaikan dan boleh memecahbelahkan keharmonian rumahtangga lalu membawa kepada perceraian!

Ini dilihat sebagai lanjutan daripada fatwa yang dikeluarkan sebuah majlis agama di Kurdistan yang menyebut – ianya adalah haram untuk bermain game PlayerUnknown’s BattleGrounds (PUBG) lebih daripada beberapa minit, atau jika ianya mengganggu tanggungjawab harian.

Keputusan yang dicapai melalui musyawarah antara anggota Jawatankuasa Fatwa di Sulaimaniyah, Kurdistan ini dibuat selepas mereka menerima laporan daripada ahli-ahli keluarga kepada mereka yang ketagihan bermain game tersebut sehingga menimbulkan kekacauan dalam rumahtangga.

“Kami bersetuju bermain game ini tidaklah haram secara keseluruhannya kerana ianya tidak melanggar undang-undang Syariah, melainkan jika ianya dimainkan berjam-jam lamanya sehingga mengganggu dan memudaratkan kehidupan seharian,” ujar Irfan Rashid, ulama dan ketua Jawatankuasa Fatwa Sulaimani.

Beliau menambah, “Ianya diharamkan bagi pelajar yang bermain sehingga terlepas kelas dan pekerja yang bermain sehingga gagal melaksanakan tanggungjawab mereka.”

Bagi mereka yang melatah, mesti baca sampai tajuk aje. Dah tu sembur di ruangan komen. Bagi mereka yang membaca hikmah disebalik keputusan ulama ini dan faham nasihat berlapik yang cuba disampaikan – tahniah. Anda gamer berhemah dan bistari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.