Tak perlu pening kepala, panggil saja Xbox. Tak perlu tambah lagi X.
Semasa majlis The Game Awards, Microsoft telah mengumumkan konsol generasi seterusnya dari mereka yang sebelum ini diberi kod nama Project Scarlett, iaitu Xbox Series X sebagai nama rasminya.
Semasa pengumuman tersebut dibuat, wakil Microsoft telah bercakap dengan Business Insider dengan mengatakan bahawa konsol terbaru mereka itu boleh dipanggil sebagai Xbox sahaja dan Series X hanyalah nama model.
Beliau juga berkata perkara ini adalah hampir sama dengan apa yang telah dilalui oleh peminat semasa konsol-konsol generasi terdahulu diumumkan. Nama ‘Xbox Series X’ membenarkan pihak Microsoft untuk menambah lagi bilangan konsol pada masa akan datang.
Xbox Series X akan dilancarkan pada hujung tahun 2020 bersama dengan Halo: Infinite.
Comments
Loading…