in , , , , , ,

Hanya Gunakan Mulut, Gamer OKU Ini Boleh Belasah Korang Dalam Call of Duty: Warzone

Apa alasan yang sering korang gunakan ketika kalah dalam mana-mana game? Pemain lawan main tipu? Controller rosak? Tangan menggigil?

Kenali gamer ini, dan korang akan renung semula segala alasan yang pernah korang ungkapkan sebelum ini.

Ryan Gunter, pada usia 16 tahun, beliau terlibat dalam satu kemalangan di satu kolam renang. Kepalanya terhentak, menyebabkan badannya lumpuh. Kini, lebih dikenali sebagai HO11YWOOD_QG, menggunakan mulutnya untuk bermain Call of Duty: Warzone melalui satu controller yang dicipta khas, digelar Quadstick.

Dalam satu dokumentari pendek terbitan Totally Game, Gunter telah tampil berkongsikan pengalaman dan aksinya ketika bermain Warzone. Korang boleh saksikannya di bawah, bagaimana tanpa sebarang alasan, beliau mampu mempamerkan prestasi cukup baik dalam game shooter itu.

Selepas dua tahun kejadian perit tersebut, Gunter masih merasakan sesuatu masih hilang. “Saya tak dapat cari apa yang mampu saya lakukan dengan baik.” Segalanya berubah apabila beliau diperkenalkan dengan gaming. “Ketika detik saya diperkenalkan dengan gaming, betul saya cakap, ia mencipta satu dunia baharu buat saya.”

Gunter pada mulanya melihat sepupunya bermain PS4, dan terasa ingin mencubanya sendiri pula.

“Gaming telah membantu kehidupan saya. Sebenarnya, selepas kemalangan itu, ia membantu saya memahami bahawa saya tidak keseorangan. Saya secara jujurnya tidak tahu ke mana arah saya tanpa gaming.”

Kini, berusia 27 tahun, beliau berkata “Adakah saya fikir saya lebih baik daripada kebanyakan pemain dalam Warzone? Saya rasa ya. Tanpa keraguan.”

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Pembangun Call of Duty Mobile Dan Honor of Kings, Timi Studios Kini Adalah Pembangun Terbesar Dunia

Battlefield Seterusnya Dikhabarkan Akan Masuk Xbox Game Pass Pada Hari Pertama Pelancaran