Kerana “gamers” masakini “kurang bijak” membuat pilihan, maka BioWare semakin lari daripada identiti kepelbagaian dialogue wheel mereka. Betul ke?

Dalam pembentangan bahagian single-player Anthem di PAX West baru-baru ini, pilihan dalam sistem dialog perbualan telah ditunjukkan. Kelihatan seperti sistem dialog perbualan game itu diringkaskan ke hanya dua pilihan, tanpa sebarang pilihan moral yang boleh mempengaruhi game tersebut.
Tidak seperti game-game BioWare yang terdahulu.
Penerbit eksekutif Mark Darrah berkata bahawa sistem dialog perbualan Anthem ini dibuat sedemikian rupa, “bagi memperkenalkan sistem dialog ini kepada gamers yang tidak biasa dengan sistem membuat keputusan dan memilih perbualan. Kami mahu memudahkan sistem ini, tetapi kami juga tidak mahu memberikan gamers pilihan yang salah.”

BioWare adalah developer yang terkenal dengan kemahiran mereka membina dunia in-game menggunakan penceritaan. Sistem dialog perbualan menggunakan dialogue wheel adalah inovasi paling ikonik daripada BioWare serta paling mempengaruhi game-game bergenre role-playing game (RPG) moden yang lain.

Sistem dialogue wheel di dalam Mass Effect dan Dragon Age awal menampilkan beberapa pilihan dialog yang tersusun di sekeliling wheel/roda – dialog positif, dialog negatif dan dialog neutral. Kadang-kadang ada pilihan dialog penyiasatan dan pilihan dialog istimewa yang boleh mempengaruhi sistem moral karakter protagonis dikawal korang.
Senang cerita, BioWare sebelum ini biasanya meletakkan pilihan dialog positif/diplomatik/Paragon di bahagian atas kanan, dan pilihan dialog negatif/agresif/Renegade di bahagian bawah kanan. Serta beberapa pilihan lain yang akan muncul mengikut keperluan jalan cerita dan karakter.

Bagaimanapun BioWare semakin tersasar jauh daripada sistem pilihan dialog yang pernah mempopularkan game-game mereka. Timbul kritikan dan suara-suara cemuhan yang mengatakan BioWare sengaja menjatuhkan aras kualiti penceritaan mereka melalui dialog, dengan memudahkan sistem dialog perbualan dalam setiap game-game terbaru mereka.

Mungkin kerana maklumbalas begini, BioWare menghasilkan sistem pilihan perbualan di dalam Mass Effect Andromeda (game BioWare sebelum Anthem) dengan pilihan yang banyak, tetapi tidak langsung mempengaruhi jalan cerita game tersebut!
Tiada lagi pilihan yang boleh mempengaruhi jalan cerita secara drastik, tiada lag pilihan moral yang boleh menentukan samada karakter korang akan menjadi baik/jahat. Hanya sistem pilihan dialog sekadar cukup ada dialog karakter aje. Sistem perbualan di dalam game tersebut bukan sahaja menerima cemuhan daripada pemain baru, malahan daripada veteran gamers BioWare!
Kerana kritikan terhadap sistem pilihan dialog Mass Effect Andromeda, BioWare dilihat seperti melatah. Hasilnya, sistem pilihan dialog Anthem kelihatan sangatlah mudah, sehingga timbul kerisauan jika ianya terlalu dumbed down.
Apa pendapat korang? Adakah korang rindukan sistem pilihan dialog yang lebih mencabar minda BioWare klasik? Ataupun memang benar kata BioWare, gamers masakini mudah keliru jika diberi pilihan dan membuat keputusan dalam game?
Suarakan pendapat korang di Facebook dan Twitter kitorang!
Comments
Loading…