in , ,

Hanya 5 Game Mobile Cecah Pendapatan Melebihi RM4 Billion Pada 2020

Game-game mobile terus mendominasi arena gaming dunia pada tahun ini, lebih-lebih lagi dalam suasana pandemik yang cukup mencabar, memaksa lebih ramai berkurung di rumah.

Menurut kajian Sensor Tower, terdapat lima game mobile yang berjaya mencatatkan pendapatan melebihi USD1 billion (sekitar RM4.06 billion) sepanjang tahun 2020. Lima game tersebut ialah PUBG Mobile, Honor of Kings, Pokemon Go, Coin Master dan Roblox.

Dua game yang memperoleh pendapatan tertinggi, PUBG Mobile dan Honor of Kings, kedua-duanya merupakan game terbitan Tencent — masing-masing mencatatkan pendapatan sebanyak USD2.6 billon (sekitar RM10.56 billion) dan USD2.5 billion (sekitar RM10.15 billion).

PUBG Mobile turut mencatatkan peningkatan pendapatan dari tahun lalu sebanyak 64.3 peratus, manakala Honor of Kings pula 42.8 peratus.

Kedua-dua game terbitan Tencent ini meninggalkan kedudukan ketiga dengan begitu jauh sekali. Pokemon Go, terbitan Niantic, pada tahun ini mencatatkan USD1.2 billion (sekitar RM4.87 billion), peningkatan 31.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Menariknya, Coin Master dan Roblox mencatatkan pendapatan yang sama iaitu sebanyak USD1.1 billion (sekitar RM4.47 billion), malah peningkatan dari tahun lalu yang sama iaitu dua kali ganda.

Game kegemaran korang ada tersenarai dalam lima game mobile ini?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Video Ini Tunjuk Macam Mana Rupa Cyberpunk 2077 Di PS1, Dengan Glitch Sekali

Ada Easter Egg Uncharted Dalam The Last of Us Yang Tiada Siapa Jumpa Sejak 2013

Ada Easter Egg Uncharted Dalam The Last of Us Yang Tiada Siapa Jumpa Sejak 2013