in ,

Hanya 12 Peratus Peranti Android Akan Boleh Mainkan Fortnite Dengan Baik, Dedah Epic Games

Ramai yang akan kempunan juga.

Baru-baru ini, Epic Games telah mengesahkan yang Fortnite untuk Android tidak akan masuk ke Google Play Store, dan aplikasi itu hanya akan boleh dimuat-turun dari laman web rasmi Epic melalui browser.

Lanjutan daripada pengumuman ini, bercakap kepada VentureBeat, wakil Epic, Tim Sweeney turut mendedahkan yang hanya 12 peratus pengguna Android akan boleh bermain Fortnite dengan baik.

Beliau menyatakan bahawa Android mempunyai “terlalu banyak versi OS dan juga lebih banyak spesifikasi hardware daripada keluarga peranti yang lain.” Maka, untuk memastikan Fortnite adalah game yang sama di setiap platform yang mereka keluarkan — termasuk konsol dan PC high-end — Epic secara spesifiknya telah memfokuskan hanya untuk peranti high-end Android.

Dalam kata lain, ujar Sweeney, daripada kira-kira 2.5 billion peranti Android yang ada di dunia, hanya 300 juta sahaja yang akan boleh memainkan Fortnite dengan baik.

Beliau mendedahkan lagi bahawa versi OS Android yang mana bukanlah faktor sama ada game ini boleh dimainkan ataupun tidak. Tetapi, Epic telah melihat spesifikasi teknikal satu-satu peranti, termasuk GPU dan CPU, dan mengesahkan yang mana-mana peranti yang dikeluarkan 3 tahun lalu atau selepas itu serta mempunyai GPU high-end boleh memainkan game ini dengan baik.

Buat masa ini, Epic masih belum mendedahkan bilakah mereka akan lancarkan Fortnite di Android.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Syed Saddiq: “Razer Sedang Lihat Potensi Untuk Bina Bandar Hiburan Digital Di Malaysia, Yang Pertama Di Asia Tenggara”

Keperluan Spesifikasi Fortnite Untuk Android Telah Tertiris! Lihatnya Di Sini