in , ,

Hampir Separuh Daripada Game Di PS4 Sekarang Dibeli Melalui Digital

Digital semakin hampir mengatasi fizikal.

Kebanyakan gamers pada masakini lebih gemar untuk membeli game secara digital berbanding game fizikal kerana pelbagai faktor, antaranya lebih murah dan boleh dibeli terus secara online dengan mudah.

Hakikat ini disokong dengan satu data baru yang dikeluarkan oleh Sony. Menurut laporan kewangan Sony (via Push Square), 43 peratus daripada jualan game penuh telah dimuat-turun melalui PlayStation Store semasa suku tahun yang berakhir pada 30 Jun lalu. Nisbah ini menyamai nisbah yang dicatatkan semasa suku tahun sebelumnya, secara langsung membuktikan bahawa keinginan gamers PlayStation untuk membeli game secara digital tidak menurun sama sekali.

Salah satu faktor yang menyebabkan ramai gamers lebih suka membeli secara digital adalah disebabkan diskaun yang sering ditawarkan dalam PlayStation Store. Antara diskaun yang hangat sekarang ialah penawaran RM74 sahaja untuk game-game hit PS4.

Satu-satunya keburukan yang mungkin memberi kesan kepada peningkatan pembelian game secara digital ini adalah kurangnya pembelian di kedai-kedai game di luar sana.

Mampukah gamers PlayStation berpindah ke pembelian game secara digital sepenuhnya menjelang tahun 2022 seperti yang dijangkakan sebelum ini?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Trailer Terbaru Shadow of the Tomb Raider Gunakan Muzik Yang Sama Dalam Uncharted 2

TNB Bakal Memecahkan Monopoli TM Sebagai Pembekal Internet Di Malaysia? Ini Jawapan Menteri