Akhirnya abanglong francais ini kembali!
“Korang akan sertai Master Chief dalam adventure beliau yang paling hebat bagi menyelamatkan dunia kemanusiaan,” kata ketua Xbox Phil Spencer.
Selepas kritikan yang diterima dari gamers berkenaan tempoh bermain sebagai Master Chief di dalam Halo 5 (2015), Halo Infinite akan meneruskan jalan cerita Master Chief selepas kejadian di dalam Halo 5.
Teaser tailer Halo Infinite ini dikuasai oleh game engine baru, Slipspace Engine, menurut 343 Industries. Ianya juga akan dibikin dengan art direction baru yang membawa francais Halo ke citarasa moden sambil memaksimakan keupayaan siri Xbox One. Helmet baru Master Chief dilihat sebagai langkah melaksanakan art direction tersebut.
Selain itu, game arked Halo: Fireteam Raven juga telah diumumkan baru-baru ini.
Comments
Loading…