Microsoft sudah lama berkata yang mereka mahu mengelak daripada menggunakan turutan nombor pada game Halo. Namun, masih ramai peminat yang keliru.Jeff Easterling dari 343 telah menekankan bahawa Halo Infinite ialah Halo 6. Dan mengingatkan kepada peminat bahawa ia bukanlah prekuel, ia menyambung kisah dari game Halo 5.
Ketua studio, Chris Lee telah pun mengesahkan bahawa Halo: Infinite ialah sekuel kepada Halo 5: Guardians. Ia juga telah disahkan bahawa game terbaru ini akan lebih fokus kepada Master Chief.
Halo: Infinite juga menggunakan enjin baru iaitu Slipspace. Namun, Microsoft tidak mengluarkan sebarang gameplay. Khabar angin juga mengatakan bahawa game ini akan dikeluarkan dalam dua bahagian, single-player akan hadir pada akhir tahun 2019 diikuti pula dengan multiplayer pada tahun 2020. Walau bagaimanapun, semua informasi ini masih belum disahkan.
Menariknya, 343 telah berkata bahawa studio mereka “sedang melakukan perubahan” melalui Halo: Infinite. 343 juga berharap untuk membawakan pemain ke arah hala tuju yang baru dan tidak dijangka dengan game ini. Apa-apa pun, 343 tidak mengambil langkah yang terburu-buru untuk mengeluarkan Halo: Infinite. Sementara menunggu keluarannya, Halo 5 dan Halo: MCC akan terus menerima kemaskini baru secara berkala.
Comments
Loading…