343 Industries telah mengumumkan bahawa Halo Infinite ditunda ke tahun 2021.
Ketua studio, Chris Lee membuat pengumuman tersebut di media sosial dan blog Halo Infinite. Beliau berkata keputusan untuk menunda Halo Infinite ke tahun hadapan dilaksanakan atas beberapa faktor seperti pandemik COVID-19.
Beliau juga mengatakan bahawa ianya tidak sesuai untuk pasukannya mengeluarkan game secara tergesa-gesa pada hujung tahun ini. Di mana konsol Xbox Series X akan dilancarkan pada hujung tahun ini.
343 Industries telah memaparkan pandang pertama gameplay trailer semasa di Microsoft Xbox Games Showcase pada bulan Julai lepas. Respon dari sesetengah peminat mengkritik grafik game tersebut yang dikatakan tidak cukup ‘next-gen’ untuk diselaraskan dengan spesifikasi kekuatan Xbox Series X. Namun, ramai juga yang mengatakan Halo Infinite seperti membawa kembali nostalgia peminat kepada game Halo: Combat Evolved.
Comments
Loading…