Francais game Halo boleh dikatakan siri game eksklusif dari Microsoft yang paling berharga. Kalau PlayStation punyai kekuatan seperti The Last of Us, Uncharted dan God of War, Xbox pula ada Halo.
Walau bagaimanapun, terdapat khabar angin yang berlegar tentang kemungkinan ada game dari siri Halo yang akan dikeluarkan ke Nintendo Switch. Laporan terbaru ini, walaupun boleh dikatakan seakan mustahil, tetapi cukup menarik untuk kita ikuti memandangkan industri gaming pada ketika ini, khususnya Microsoft, lebih terbuka untuk bekerjasama bersama pesaing masing-masing.
Laporan ini datang daripada King Zell yang sering meniriskan info yang kemudiannya menjadi sahih seperti Link’s Awakening remake, sekuel Breath of the Wild, Super Mario Maker 2 dan banyak lagi.
Pada mulanya, beliau menjangkakan bahawa pengumuman ini akan dilakukan semasa The Game Awards 2019 pada Disember lalu, tetapi memandangkan tiada apa-apa pengumuman dari majlis anugerah itu, maka pendedahan ini dijangka pula akan dimumkan semasa Nintendo Direct yang seterusnya.
Sama ada pemain Switch benar-benar akan dapat bermain siri game Halo ataupun tidak, sama-samalah kita nantikan.
Sumber: NintendoSmash
Comments
Loading…