Developer 343 Industries telah mengeluarkan sebuah video sepanjang lebih 45 minit khas untuk peminat-susah-mati Halo 5!
Awal minggu ini, 343 Industries telah membuat livestream untuk mempersembahkan perubahan yang bakal dibuat kelak. Menurut info terkini, pemain sehingga seramai 8 orang akan bersatu tenaga dalam menewaskan kedatangan musuh yang datang berkumpulan.
Musuh-musuh ini perlu ditewaskan dalam selang masa yang terhad malah pemain turut diberikan objektif untuk diselesaikan pada masa yang sama.
Menurut Twitter rasmi Halo, beta ini akan bermula pada 14 April sehingga 18 April.
Thanks for watching. Remember, the Warzone Firefight Beta will be available from April 14-18! pic.twitter.com/jyO10evphE
— Halo (@Halo) April 12, 2016
Kami akan kemaskini bilakah masa yang tepat Beta ini boleh dimainkan kepada waktu Malaysia apabila menerima info yang lebih lanjut.
Comments
Loading…