in , ,

Half Life 3 Pernah Dirancang Sebagai Game Real Time Strategy Dan Game Adventure Dengan Pelakon Sebenar!

Sedekad selepas Half Life 2 Episode 2, ramai gamers masih menantikan Episode 3 ataupun Half Life 3.

Dengan setiap tahun yang berlalu, harapan Half Life 3 untuk dihasilkan semakin menipis. Bagaimanapun, ada berita mengatakan Valve pernah cuba untuk menghasilkan game tersebut.

Di dalam sebuah video podcast Game Informer, editor eksekutif Andrew Reiner telah berkongsi beberapa berita yang ditemui sepanjang penyiasatan beliau terhadap Half Life 3.

Menurut sumber daripada penyiasatan beliau:

1. Half Life 3 melalui pembangunan yang serabut dan tiada prototype yang berjaya.
2. Pelbagai versi dibangunkan oleh pasukan-pasukan kecil – 4-5 orang.
3. 2 halatuju utama telah dikenalpasti: Real Time Strategy seperti Starcraft, ataupun adventure game dengan pelakon sebenar seperti Night Trap.

Bagaimanapun dengan kejayaan DotA 2 dan populariti serta jualan di platform digital Steam yang memang laku, Valve sememangnya tidak lagi perlu menghasilkan game single-player seperti Half-Life 3.

Reiner menambah, “Saya telah cuba menghubungi 10 ke 15 orang yang pernah bekerja di syarikat tersebut, dan mereka tidak mahu membicarakan tentang game tersebut. Semuanya menemui jalan buntu.”

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Dapatkan Dirt Showdown Percuma Sekarang!

Battlefield: BC2, Battlefield 3, Dragon Age: Origins Tersenarai Dalam Game Xbox One Backwards Compatibility