in

Half-Life 2: Episode Two Dicalonkan Untuk Anugerah ‘Game That Deserves a Sequel’ Di Steam Award

Mungkin akhirnya Gabe akan menganugerahkan kita dengan Half-Life 3.

half-life-2-00

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Steam Awards diperkenalkan bersama dengan Autumn Steam Sale yang menggalakkan komuniti untuk mencalonkan game kegemaran mereka dalam pelbagai kategori yang disediakan. Namun begitu, terdapat satu anugerah yang memberikan kebebasan kepada komuniti untuk meletakkan apa-apa anugerah yang diingini.

Salah sebuah anugerah yang mendapat perhatian sekarang adalah ‘GAME THAT DESERVES A SEQUEL’ dan seperti yang ramai jangkakan, Half-Life 2: Episode Two telah dicalonkan dalam kategori ini. Ini adalah hasil buah fikiran GruffBarbarian yang dikongsi melalui laman Reddit di mana ia mula mendapat sambutan ramai.

Bagi mereka yang turut berminat untuk mengundi bagi anugerah ini bagi Half-Life 2: Episode Two, ianya boleh dilakukan disini.

Kami menjangkakan Half-Life 3 bakal diterbitkan pada 2019.

2+0+1+9 =12;
1+2=3;

Jadi, Half-Life 3 confirmed?

half-life-2-01

Written by Azhar Yusof

Seorang PC enthusiast. Indie game lover.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Nintendo Switch: Nintendo Tampilkan Console/Handheld Hibrid! Jom Gaming Di Mana Sahaja!

Sebuah Kedai Game Di UK Mula Membuka Pre-Order Nintendo Switch Dengan Harga RM1,099

DLC Untuk Street Fighter V Akan Diteruskan Sehingga Tahun 2020