Penerbit THQ Nordic telah mendapat hak milik francais Timesplitters daripada pemilik asalnya, iaitu Crytek. Nampaknya mereka ada rancangan untuk menghidupkan kembali siri ini bersama dengan Deep Silver, yang mana syarikat itu juga telah dimiliki oleh THQ Nordic.
“Kami sangat berbesar hati untuk mendapatkan Timesplitters,” kata CEO THQ Nordic, Koch Media, Klemens Kundratitz dalam kenyataan rasminya.
“Game asalnya telah menawarkan kandungan yang besar kepada peminat dan memberikan sebuah pengalaman arcade shooter yang sememangnya menyeronokkan dan asli. Kami mempunyai ramai peminat siri Timesplitters dalam kalangan staf kami sendiri yang mana sangat bersemangat untuk mencipta sebuah produk yang akan memberikan pengalaman menarik kepada audiens gaming pada hari ini.”
Tiga game Timesplitters telah dikeluarkan antara tahun 2000 dan 2005. Dua daripadanya diterbitkan oleh Eidos dan yang ketiga diterbitkan oleh Electronic Arts. Pembangun Free Radical Design telah merancang untuk membangunkan game yang keempat. Namun, selepas kegagalan game shooter, Haze pada tahun 2008, ia gagal untuk mencari penerbit.
THQ Nordic, melalui Koch Media, juga telah mendapatkan hak milik game third-person stealth shooter iaitu Second Sight, yang juga dibangunkan oleh Free Radical Design pada tahun 2004. THQ Nordic juga merancang untuk mengeluarkan produk Second Sight melalui Deep Silver.
Asalnya dikenali sebagai Nordic Games, THQ Nordic dan Koch media telah mempunyai beberapa rancangan sejak lima tahun lepas. Sejak tahun 2013, Nordic Games telah mendapatkan hak milik untuk game Darksiders, Red Faction, MX Racing dan banyak lagi. Pada tahun 2014, mereka juga telah mendapatkan trademark THQ dan kemudiannya melakukan penjenamaan untuk dikenali sebagai THQ Nordic.
Game terbaru yang akan dikeluarkan oleh THQ Nordic ialah Darksiders 3, BioMutant, Generation Zero dan Fade To Silence.
Sumber: Polygon
Comments
Loading…