Kita baru sahaja menerima satu pengumuman yang amat mengejutkan. 

Square Enix telah mengumumkan yang tiga daripada empat DLC yang dirancang untuk dikeluarkan dalam game Final Fantasy XV kini telah dibatalkan. Mereka turut mengesahkan yang pengarah game tersebut, Hajime Tabata telahpun meninggalkan syarikat itu pada 31 Oktober lalu.

Tiga DLC yang dibatalkan itu ialah Aranea, Lunafreye, dan Noctis. Untuk DLC keempat, Ardyn pula masih berada dalam pembangunan, dan dijangka akan dilancarkan pada Mac 2019.

DLC-DLC yang dirancang ini merupakan hasil kerja Luminous, iaitu studio dalaman Square Enix. Studio itu kini telah beralih untuk mencipta sebuah game AAA baru yang masih belum diumumkan. Mereka juga mengumumkan terdapat perubahan besar dalam Luminous yang telah mengakibatkan kerugian yang cukup besar, iaitu sekitar USD33 juta (~RM137 juta).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan terhadap perletakan jawatannya, Tabata berkata, “Saya secara jujurnya percaya sebab mengapa kami boleh pergi sejauh ini adalah disebabkan anda semua peminat yang setia. Saya berterima kasih daripada suduh hati saya.”

Tabata telah mendedahkan yang beliau sedang memulakan syarikat barunya sendiri. “Saya mempunyai projek yang benar-benar saya berhajat untuk mulakan sebagai cabaran baru selepas FFXV. Maka sebab itu, saya telah memutuskan untuk meninggalkan jawatan saya sekarang dan mulakan bisnes saya sendiri bagi mengejar impian saya ini,” kata Tabata.

Tabata turut memberikan sokongan penuh kepada Square Enix dan Luminous Productions, serta menyampaikan penghargaan kepada semua pihak yang menyokong FFXV selama ini.

Sumber: Gamespot

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.