Selepas menakluk PC dan Nintendo Switch dengan memenangi banyak anugerah game terbaik pada tahun lalu, Hades nampaknya telah meluaskan kuasanya dengan jayanya di PS5 dan Xbox Series X pula.
Apabila kita buka laman Metacritic pada ketika ini, kita akan dapat lihat game nombor satu dalam kedudukan markah paling tinggi yang diundi oleh para peminat di kedua-dua konsol generasi terkini itu adalah game yang dibangunkan oleh Supergiant Games itu.
Dalam kedudukan untuk PS5, Hades meraih 93/100 markah. Game yang menggunakan mitologi Greek itu diikuti rapat oleh Demon’s Souls dengan 92 markah, Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 (90) dan Final Fantasy VII Remake Intergrade (89).
Berikut ialah senarai 10 game teratas dengan markah tertinggi di Metacritic (undian peminat) untuk PS5 (setakat 22 Ogos 2021):
- Hades – 93
- Demon’s Souls – 92
- Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 – 90
- Final Fantasy VII Remake Intergrade – 89
- Disco Elysium: The Final Cut – 89
- Devil May Cry V: Special Edition – 89
- It Takes Two – 88
- Ratchet & Clank: Rift Apart – 88
- Ghost of Tsushima: Director’s Cut – 88
- The Nioh Collection – 88
Dalam kedudukan untuk Xbox Series X pula, Hades meraih 94 markah. Di belakangnya adalah Microsoft Flight Simulator dengan 90 markah, It Takes Two (89) dan Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 (89).
Di bawah ialah senarai 10 game teratas dengan markah tertinggi di Metacritic (undian peminat) untuk Xbox Series X (setakat 22 Ogos 2021):
- Hades – 94
- Microsoft Flight Simulator – 90
- It Takes Two – 89
- Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 – 89
- Tetris Effect Connected – 88
- F1 2021 – 88
- Hitman 3 – 87
- Death’s Door – 87
- The Forgotten City – 86
- Judgment – 85
Tentunya, markah ini boleh berubah pada bila-bila masa, bergantung kepada undian yang boleh ditukar oleh para peminat pada bila-bila masa sahaja. Walau bagaimanapun, ketika artikel ini ditulis, setelah dilancarkan pada 13 Ogos lalu, Hades boleh dikatakan sebagai game terbaik untuk kedua-dua konsol generasi terkini itu.
Comments
Loading…