in , , , , ,

Hades Diumumkan Untuk PS4, PS5, Hadir Ke Xbox Game Pass Pada Hari Pertama

Game yang telah memenangi banyak anugerah game terbaik pada tahun lalu, Hades telah diumumkan akan dilancarkan platform-platform baharu.

Asalnya hanya untuk PC dan Nintendo Switch, Hades akan dilancarkan pula untuk PS4, PS5, Xbox One dan Xbox Series pada 13 Ogos 2021.

Lebih menarik, pada tarikh pelancaran itu, ia akan masuk terus ke dalam Xbox Game Pass. Dalam kata lain, pelanggan Xbox Game Pass akan dapat mainkannya secara percuma pada Ogos kelak.

Hades merupakan sebuah game bergenre dungeon crawler yang mempunyai kuasa dewa-dewi, dibangunkan oleh Supergiant Games.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ya, Ini Bukan Gurauan, Microsoft Umumkan Peti Sejuk Mini Berbentuk Xbox Series X

Stranger of Paradise: Final Fantasy Origin – Game Umpama Dark Souls Dengan Kerjasama Square Enix, Team Ninja