in , ,

H1Z1 Telah Keluar Dari Steam Early Access Dan Bawakan Kejutan Mode Auto Royale

H1Z1 secara rasminya telah melancarkan mode terbaru iaitu Auto Royale bersama-sama dengan pengumuman yang mana game ini telah keluar dari Steam Early Access.

Auto Royale mengumpulkan sehingga 30 pasukan dengan 4 orang ahli dalam setiap pasukan dalam pertempuran di mana kenderaan terakhir yang dapat bertahan di kira sebagai pemenang. Pemain boleh mencari item-item berguna seperti senjata, peluru, power-ups dan minyak petrol yang boleh dicari di sekitar kawasan peta sementara pemain menumpaskan pemain-pemain lain.

Mode itu juga menampilkan dua buah kenderaan baru dan sebuah senjata baru yang hanya boleh didapati dalam Auto Royale. Kenderaan berperisai recon adalah pilihan yang seimbang untuk pemain baru. Sementara kenderaan seperti sedan adalah bagus untuk kelajuan dan ketangkasan serta sesuai untuk pemain berkemahiran.

Senjata terbaru yang diperkenalkan ialah Light Machine Gun, dan ia mampu memberikan serangan yang lebih baik berbanding senjata-senjata lain dalam H1Z1.

Selain senjata dan kenderaan baru, Auto Royale juga menampilkan pelbagai jenis power-ups baru, termasuklah item-item pertahanan seperti kit pembaikan dan alat pemadam api, smoke screens dan turbo boost. Manakala untuk item pertempuran pula adalah seperti periuk api dan corrosive smoke. Mode ini masih berada di tahap beta dan perkembangannya akan berubah mengikut maklum balas dari komuniti.

Sebagai tambahan kepada mode terbaru, pelancaran yang keluar dari Early Access, H1Z1 membawakan ciri-ciri terbaru termasuklah sistem airdrop yang sudah diperbaharui yang meningkatkan jatuhan item-item berguna dan juga tambahan kepada mini map serta kebolehan untuk memilih di mana pemain mahu mendarat pada awal perlawanan dengan menggunakan heat map yang menunjukkan kepada pemain lokasi-lokasi spawn.

In-game bermusim untuk H1Z1 juga dimulakan dengan sistem permarkahan baru yang memberikan ganjaran kepada pemain yang agresif dan konsisten. Sesiapa yang membeli game tersebut semasa dalam peringkat Early Access akan mendapat baju sebagai item bonus in-game.

Daybreak Games akan terus menyambung untuk mengemaskini H1Z1 dengan kandungan baru, termasuklah versi remastered yang mempunyai map Z1 dan juga menyokong permainan secara kompetitif.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

ESRB Akan Menambah Label “Pembelian Dalam Game” Selepas Kontroversi Loot Box

Battlefield 2018 Dilaporkan Berjudul ‘Battlefield V’, Bawakan Tema Perang Dunia Kedua