in , ,

H1Z1: Battle Royale Di PS4 Telah Menambah Mode Duo Dalam Kemaskini Terbaru

Cari pasangan dan dapatkan kemenangan dalam mode terbaru!

Semasa dilancarkan pada minggu lalu, H1Z1: Battle Royale di PS4 hanya menawarkan dua mode yang boleh dimainkan, iaitu Solo dan Fives. Seperti tertera dalam namanya, Solo adalah mode yang hanya meletakkan pemain berseorangan dan Fives membawakan satu skuad yang terdiri daripada lima orang.

Dalam kemaskini yang dikeluarkan semalam, Daybreak telah menambah mode terbaru iaitu Duo. Kini, korang lebih mudah untuk memenangi perlawanan survivor ini sekiranya korang hanya squad-up bersama dengan seorang rakan saja.

Selain itu, dalam kemaskini terbaru ini, mereka juga telah menambahbaik beberapa fungsi yang terdapat dalam game seperti mini map yang lebih baik, membuang friendly fire dalam Duo dan Fives, dan banyak lagi.

Di samping itu, mereka turut mengesahkan beberapa isu lain yang sedang mereka usahakan untuk perbaiki seperti kadang-kala dalam Fives, beberapa pemain akan masuk ke dalam game yang berasingan.

Korang boleh baca post di reddit oleh Daybreak yang membincangkan tentang kemaskini terbaru ini di sini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Review Kingston HyperX Cloud Alpha: Headset Gaming Dengan Ciri Dual Chamber!

Kapal Selam Virginia-Class Terbaru Amerika Dilengkapi Dengan Controller Xbox!