in , ,

H1Z1: Battle Royale Akan Dilancarkan Sepenuhnya Di PS4 Pada Minggu Hadapan, Turut Umumkan Battle Pass

Lebih bergaya dengan Battle Pass.

Daybreak Games telah mengumumkan yang H1Z1: Battle Royale di PS4 akan keluar daripada versi Open Beta dan akan dilancarkan sepenuhnya pada 7 Ogos ini. Bagi meraikan pelancaran ini, mereka telah mendedahkan beberapa pembaharuan yang akan dibawakan ke dalam game ini, umum mereka melalui PlayStation Blog.

Dua senjata baru akan ditambah, iaitu RPG dan SOCOM. RPG semestinya digunakan untuk memusnahkan kenderaan-kenderaan dengan lebih mudah, manakala SOCOM merupakan semi-auto sniper.

Kenderaan baru yang akan diperkenalkan pula ialah ARV. Kenderaan ini merupakan kenderaan yang mampu memuatkan kesemua lima pemain dalam satu skuad serta bumbungnya boleh dibuka dan seorang pemain boleh menembak dari situ.

Pembaharuan terbesar yang akan ditampilkan ke dalam game ini nanti pastinya ialah Battle Pass. Sekilas pandang, Battle Pass ini membawakan aura Battle Pass yang ada dalam Fortnite.

Terdapat 3 tingkat ganjaran serta 30 tier ganjaran. 3 tingkat ganjaran ini dikenali sebagai Free, Premium dan PS Plus. Free adalah untuk semua pemain, Premium pula boleh dibeli dengan harga USD5.49 (harga untuk pasaran Malaysia masih belum diumumkan) dan PS Plus adalah percuma untuk mereka yang sedang melanggan PS Plus.

Selain itu, Daybreak turut mengumumkan dua bundle baharu untuk para pemain memulakan game ini dengan lebih bergaya, iaitu Viper Starter dan Hardline Deluxe, yang mana masing-masing berharga USD4.99 dan USD34.99.

Kesemua kandungan baharu ini akan dibawakan ke dalam H1Z1: Battle Royale pada 7 Ogos ini di PS4.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

NVIDIA GeForce GTX 1180 Dilancarkan Hujung Ogos ini? GTX 1170 & 1160 Bakal Menyusul?

Adakah Mode Battle Royale Dalam Battlefield V Akan Menjadi Percuma Seperti Fortnite? Ini Jawapan EA