CD Projekt Red kini telahpun melancarkan GWENT: The Witcher Card Game ke platform Steam di PC.
Bermakna, game pertarungan kad turn-based antara dua pemain ini akan boleh dimainkan secara percuma di Steam, GOG, iOS dan Android. Korang boleh tonton trailer pelancaran game ini ke platform Steam di bawah:
GWENT akan menyokong fungsi penuh cross-play dan cross-progression antara semua platform yang ada. Bermakna pemain di Steam, GOG, iOS dan Android boleh bertarung antara satu sama lain, serta membawa kesemua progression di mana-mana platform.
Bagi yang tertanya, CD Projekt Red telah menghentikan GWENT di konsol — PS4 dan Xbox One. Pada Disember 2019 lalu, CDPR mengumumkan yang mereka tidak mampu untuk menyokong game ini di terlalu banyak platform, maka sokongan di konsol terpaksa dihentikan kerana platform itu tidak mempunyai pemain seramai di PC dan mobile.
Comments
Loading…