in ,

GWENT: The Witcher Card Game Akan Dilancarkan Ke Android Pada Bulan Hadapan

Apabila bermain The Witcher 3: Wild Hunt, ada pemain yang terus habiskan story utamanya, ada sesetengah yang suka mainkan side mission, ada yang suka berjalan-jalan menikmati pemandangan. Dan ada satu sekumpulan pemain ini yang lebih banyak menghabiskan bermain Gwent, iaitu game kad yang ada dalam The Witcher 3.

Disebabkan terlalu ramai yang sukakan gameplay game kad Gwent dalam The Witcher 3, CD Projekt Red telahpun mengeluarkan game standalone yang boleh dimainkan secara percuma (free-to-play), yang mana pemain boleh berentap dengan pemain lain secara online. Ia dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One pada tahun 2018, kemudian Oktober 2019 lalu untuk iOS pula.

Akan datang, setelah lama menanti, pemain akan boleh bermain Gwent di Android pula. GWENT: The Witcher Card Game akan dilancarkan ke Android pada 24 Mac ini.

Korang dah sudah boleh pra-daftar di sini untuk mendapat notifikasi apabila ia telah dilancarkan nanti.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Rainbow Six Siege Starter Edition Diperkenalkan - Lebih Murah, Tetapi Hanya 4 Operator Pada Permulaan

Rainbow Six Siege Akan Memperkenalkan Sistem Ping Seperti Dalam Apex Legends

Filem Borderlands Diumumkan Secara Rasmi, Eli Roth Sebagai Pengarah