Pada 14 Januari lalu, seorang kanak-kanak berumur 10 tahun di South Ayrshire, Scotland telah mengeluarkan sebilah pisau di taman permainan. Polis telah dipanggil ke lokasi kejadian, pisau tersebut telah dirampas, dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Susulan daripada insiden ini, para guru telah menyalahkan video game paling popular di dunia masakini, Fortnite, sebagai punca kepada tingkah laku yang ganas ini. Guru-guru ini telah menimbulkan kerisauan mereka terhadap babak-babak ganas dalam Fortnite yang kini ditiru semula oleh kanak-kanak di sekolah.

Menurut laporan Daily Record, para guru di sekolah rendah tersebut (media tidak mahu mendedahkan nama sekolah tersebut atas sebab undang-undang) telah memberikan amaran kepada ibu bapa sebelum kejadian di taman permainan itu berlaku, bahawa Fortnite telah menginspirasikan kepada peningkatan terhadap tingkah laku yang ganas.

Mereka turut menyatakan kebimbangan kepada ibu bapa bahawa Fortnite dan “budaya game komuputer” secara umumnya telah meningkatkan penggunaan bahasa yang kasar dalam kalangan pelajar.

Perdebatan tentang apakah video game mempengaruhi perlakuan ganas manusia sememangnya satu topik yang seperti tiada penghujungnya. Baru-baru ini, satu kajian telah mendapati yang tiada apa yang perlu dibimbangkan dengan aksi ganas yang ada dalam Hitman 2.

Sekiranya Hitman 2 dirumuskan seperti itu, mengapa pula game yang mesra kanak-kanak, berwarna-warni dan ceria seperti Fortnite boleh dikambinghitamkan sebagai punca kepada tingkah laku buruk yang ditunjukkan oleh kanak-kanak?

JomBaca: Ini Adalah Video Balas Terhadap Trump Yang Mengeluarkan Montaj ‘Video Game Ganas’

JomKomen!