in , , ,

Gundam Breaker 3 Diterjemahkan ke Bahasa Inggeris di Pasaran Asia!

gb33

KYAAAAAAA!!! Betul ke nih? Sungguh tidak percaya! Permainan video berasaskan siri anime mecha popular Gundam Breaker 3 akan diterjemahkan ke Bahasa Inggeris buat pertama kali dalam siri permainan video tersebut!

Siri ke-3 ini bakal tiba dengan siri buildyour-own-gundam yang lagi gempak dan mengasyikkan. Bagi orang yang tidak pernah dengar tentang siri permainan video ini, mekanik utama permainan ini meliputi pembuatan sendiri robot Gundam yang berasaskan dari siri-siri Gundam sedia ada.

Siri sebelumnya, Gundam Breaker dan Gundam Breaker 2 mengandungi lebih 100 unit Gundam untuk dipilih, secara tidak langsungnya menjadikan ianya menjadi lebih 9,999,999 jenis opsyen dan pengubahsuaian. WOW. TIDAK TERKIRA BANYAKNYA TU.

gb34

Pengubahsuaian dan opsyen yang terdapat dalam permainan ini mempunyai perubahan warna, malah boleh meng-applykan ‘coating’ (Gunpla Builders mesti faham). Tambahan pulak dengan adanya senjata laser, mesingan, bazooka, shotgun, roket, pedang, lembing, kapak dan bermacam-macam lagi la. Dengan ini membuatkan ianya menjadi teramat banyak sampaikan yang menjadi penghalangnya adalah kekreatifan pemain itu sendiri.

gb31

Terbaru untuk Gundam Breaker 3 ini adalah dengan kemasukan Gundam bersaiz SD (Super Deformed). Saiz kiut miut ini mempunyai ciri uniknya yang tersendiri. Buat masa ini penulis tidak tahu apa ciri-ciri unik tersebut itu.

gb35Satu lagi mod terbaru adalah “Bounty Hunter”. Dalam mod ini, pemain boleh berlawan dengan Gunpla-Gunpla yang dimuatnaik oleh pemain lain secara online, dan pemenang dalam mod ini akan mendapat semua benda yang terdapat di sana.

gundam b3

Gundam Breaker 3 versi Bahasa Inggeris ini akan dipasarkan di pelantar Playstation Vita dan Playstation 4 pada 28 April ini. Saksikanlah berita selanjutnya ini, hanya di Jomgaming

Written by Kaiz Amari-Tai

Dilahirkan menjadi gamer tegar. Guest-writer JomGaming ini berminat dengan semua benda berkaitan videogames. Ingin menjadi streamer untuk menunjukkan betapa pengaruhnya videogames dalam hidup. AAA atau indies, janji videogames.

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

Fallout 4: Bethesda Mengumumkan Mod Untuk PC Dan Konsol

DotA 2: Shanghai Major Medan Anak Muda Malaysia Pamer Kehebatan!