Setelah beberapa laporan sebelum ini, Guerrilla Games akhirnya telah mengesahkan bahawa sebuah game online multiplayer dalam universe Horizon Zero Dawn dan sekuelnya, Horizon Forbidden West sedang dibangunkan.
Perkara ini disahkan di akaun pencarian pekerja Guerrilla Games, iaitu Life at Guerrilla.
Dalam satu tweet, Guerrilla telah mendedahkan yang mereka sedang membangunkan beberapa projek, iaitu Horizon Single-Player (SP), Online Project (OP) dan External Project (EP).
Guerrilla mendedahkan yang sebuah pasukan dalaman sedang membangunkan sebuah projek online berasingan yang menggunakan latar belakang universe Horizon. Game ini digambarkan akan menampilkan beberapa karakter baharu dan penampilan berstail yang unik, di mana rakan-rakan akan boleh mengembara ke dunia Horizon bersama.
Selain projek online itu, pendedahan Horizon Single-Player (SP) juga seolah-olah telah mengesahkan yang mereka sedang membangunkan game ketiga dalam pengembaraan Aloy. Tentunya SP ini tidak mengejutkan kerana Horizon Forbidden West telah meninggalkan satu plot yang tergantung.
Menarik untuk kita nantikan game yang bagaimanakah mereka sedang bangunkan untuk Online Project tersebut.
Comments
Loading…