Masih ingat game RPG mobile yang santai dan comel yang pernah kami laporkan? Awal bulan ini, game ini hanya baru dibuka untuk pra-pendaftaran.
Kini, Kakao Games telah mengumumkan bahawa Guardian Tales secara rasminya dilancarkan ke seluruh dunia. Guardian Tales merupakan sebuah game mobile adventure RPG yang penuh dengan teka-teki yang mencabar, grafik pixelated yang klasik, dan jalan cerita yang mencuit hati.
Dengan gaya permainannya yang seronok dan unik, Guardian Tales mendapat sambutan mesra besar-besaran dari pelancarannya di Korea Selatan baru-baru ini dan juga telah menarik ramai pemain semasa pra-pendaftaran antarabangsa.

Korang boleh dapatkan game ini melalui Android di sini, dan melalui iOS di sini.
Kisah yang akan dibawakan ke dalam game ini ialah pemain akan bermain sebagai seorang Knight yang akan perlu melindungi Little Princess daripada cengkaman Invaders serta menyatukan beberapa hero daripada pelbagai dunia. Setiap dunia itu mempunyai persekitaran dan puzzle yang berlainan.
Comments
Loading…