in

Guardian Tales Keluarkan Kemaskini Baru – Acara ‘Free Summon’ Sehingga 30 Ogos

Selepas kejayaan pelancarannya di seluruh dunia, Guardian Tales menerima pujian dan maklum balas positif daripada ramai pemain. Terkini, Kakao Games telah melancarkan satu kemaskini baharu yang agak menarik.

Kemaskini ini hadir dengan beberapa acara. Antaranya ialah bermula dari 26 Ogos hingga 30 Ogos ini, pemain akan diberikan 10 Summon percuma untuk setiap hari. Dalam jangka waktu ini, pemain boleh memilih mana-mana jenis Summon yang mereka mahu secara percuma, sama ada Pick-Up atau Summon biasa untuk hero dan senjata.

Selain itu, Guardian Tales juga telah mengeluarkan acara story yang diberi nama ‘Once Upon A Time In BuryWood’, di mana pemain akan mengumpul mata acara dari peringkat cerita dan retakan dan menukarnya untuk mendapat ganjaran. Mereka juga telah mengeluarkan karakter baru, iaitu Dragon Avatar Vishuvac, bersama dengan senjata eksklusifnya, Vulcanic Horn! Karakter ini boleh didapati dengan Summon Hero sehingga 8 September.

Guardian Tales Keluarkan Kemaskini Baru - Acara 'Free Summon' Sehingga 30 Ogos

Kemudian, Guardian Tales turut mengadakan acara komuniti – Pencarian Harta Karun Rachel, yang akan berlangsung sehingga 10 September. Carilah harta karun dengan mengundi koordinat yang anda mahu di peta dan undian yang paling popular akan digalikan! 5 pemain rawak juga akan mendapat ganjaran bonus.

Guardian Tales merupakan sebuah game mobile adventure RPG yang penuh dengan teka-teki yang mencabar, grafik pixelated yang klasik, dan jalan cerita yang mencuit hati. Korang boleh mainkanny di iOS dan Android.

Mencari Game RPG Mobile Yang Santai Dan Comel? Pra-Daftar Guardian Tales Sekarang

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Nintendo Umumkan Satu Lagi Switch Model Baru, Bateri Tahan Lebih Lama

Nintendo Switch Pro Dilaporkan Bakal Tiba Pada 2021 Dengan Pelbagai Penambahbaikan

Game Percuma PlayStation Plus September 2020 - PUBG Dan Stret Fighter V

Game Percuma PlayStation Plus September 2020 – PUBG Dan Stret Fighter V