in , ,

GTA V Versi PS5, Xbox Series Akan Bawakan Grafik Seperti High-End PC, Kata Rockstar

Rockstar Games telah berkongsikan bermacam butiran terbaharu mengenai Grand Theft Auto V versi konsol generasi terkini yang bakal dilancarkan pada 15 Mac ini.

Rockstar menggambarkan grafik yang bakal disajikan dalam versi ini kelak merupakan grafik yang setaraf dengan high-end PC. Versi ini akan menampilkan waktu loading yang lebih pantas, penambahan populasi dan kepelbagaian trafik, penambahan ketumpatan tumbuh-tumbuhan, penambahbaikan kualiti pencahayaan untuk bayang-bayang, pantulan air, dan banyak lagi.

Terdapat tiga jenis mode untuk grafik yang disediakan untuk dipilih para pemain PS5 dan Xbox Series X, iaitu:

  • Fidelity Mode: resolusi native 4K / 30 FPS / ray tracing dihidupkan
  • Performance Mode: resolusi upscaled 4K / 60 FPS
  • Performance RT: satu mode hibrid yang menyokong resolusi upscaled 4K, mensasarkan 60 FPS dan ray tracing dihidupkan.

Tentunya, untuk PS5, fungsi Haptic Feedback dan Adaptive Triggers disediakan untuk controller DualSense.

Selain itu, seperti yang telah diumumkan sebelum ini, bersama-sama dengan pelancaran versi PS5 dan Xbox Series, Rockstar juga akan memperkenalkan game GTA Online yang dijual secara berasingan (standalone) tanpa kandungan single-player story.

Untuk pemilik konsol PS5, GTA Online versi standalone ini akan boleh dimuat-turun secara percuma dalam tempoh tiga bulan pertama. Apabila pemain berjaya mengambil game ini dalam tempoh tersebut, ia akan menjadi milik korang buat selamanya.

Lebih menarik, untuk pemain baharu yang pertama kali memasuki GTA Online, atau pemain lama yang ingin reset karakter, terdapat satu fungsi baharu yang digelar Career Builder. Fungsi ini akan memberikan pemain GTA$4,000,000 secara percuma untuk dibelanjakan dalam bermacam elemen dalam game termasuklah kereta, senjata dan hartanah.

Walau bagaimanapun, ada beberapa butiran tambahan yang sebenarnya masih belum didedahkan Rockstar. Antaranya ialah harga untuk versi PS5 dan Xbox Series ini, sama ada game penuh mahupun GTA Online standalone. Malah, kehadiran naik taraf percuma dari konsol generasi lama juga tidak disebut langsung, menandakan ia nampaknya tidak disokong.

Untuk baca perkongsian penuh Rockstar untuk butiran terbaharu ini, korang boleh klik di sini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

CD Projekt Red Hentikan Jualan Semua Game Mereka Di Rusia, Belarus

Iklan Thailand Tak Pernah Mengecewakan, Begitu Juga Dengan Iklan Elden Ring Ini