in , , , ,

GTA V Terjual Lebih Banyak Pada 2016 Berbanding 2015, Kini Game Ke-4 Paling Laku Dalam Sejarah

Seperti kereta api yang terdapat dalam game ini, jualan GTA V juga tidak dapat diberhentikan!

Menurut laporan DualShockers, semasa laporan kewangan suku tahunan Take-Two Interactive, CEO-nya, Strauss Zelnick telah mendedahkan beberapa maklumat terbaru tentang jualan Grand Theft Auto V.

Kata beliau, GTA V terus-menerus melepasi jangkaan syarikat mereka, dan kini jualan game ini telah mencecah 75 juta unit sejak ia dilancarkan pada September 2013. Zelnick turut menyatakan bahawa menurut data NPD, GTA V adalah game ke-6 paling laku di kesemua platform pada tahun 2016.

Menurut penganalisis industri di Niko Partners, Daniel Ahmad turut mendedahkan bahawa jualan GTA V pada tahun 2016 telah melebihi jualannya sendiri pada tahun sebelumnya, 2015. Data ini menjadikan 2016 adalah tahun kedua paling laku dalam kedudukan jualan game ini, di belakang tahun 2013, tahun di mana ia dilancarkan.

https://twitter.com/ZhugeEX/status/829081273419362304

GTA V dilancarkan di PS3 dan Xbox 360 pada tahun 2013, di PS4 dan Xbox One pada 2014 dan di PC pada 2015.

Angka 75 juta jualan yang telah berjaya dijual ini, menjadikan GTA V adalah game ke-4 paling laku dalam sejarah video game – di belakang Tetris dengan jualan 495 juta unit terjual, Minecraft (107.86j) dan Wii Sports (82.78j).

Sebelum ini, ia turut dilaporkan bahawa GTA V adalah antara game paling laku di Steam pada tahun 2016.

Dengan pelbagai content yang telah dikeluarkan Rockstar untuk GTA V, seperti Deadline dan Cunning Stunts, pastinya jualan ini akan bertambah untuk tahun 2017 juga. Dan tidak mustahil pada tahun ini juga, ia mampu untuk memotong Wii Sports dan berada di kedudukan ke-3 game paling laku dalam sejarah.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Aksi Alicia Vikander Semasa Pengambaraan Filem Tomb Raider Pertama Kali Diperlihatkan

Phil Spencer “Sangat Yakin” Scorpio Boleh Memainkan Game Xbox One, Komen Tentang Keyboard/Mouse Di Konsol!