in ,

GTA V Telah Digunakan Dalam Simulasi Projek Kenderaan Pandu Sendiri

Kawasan yang luas dan pelbagai membantu dalam proses simulasi pemanduan.

DeepDrive, merupakan sebuah open source Artificial Intelligent(AI) yang dibina untuk melakukan pemanduan kenderaan tanpa bantuan manusia. Ianya lahir daripada projek Universe yang bertindak sebagai platform bagi mengukur kebolehan AI dan pada masa yang sama melatih AI.

Menurut laman Universe, GTA V dipilih kerana ia memberikan peluang kepada developer untuk meletakkan dan melatih AI dalam dunia yang luas dan pelbagai. Namun begitu, option keganasan perlu dimatikan bagi mengelakkan sebarang gangguan dari AI yang sudah wujud dalam GTA V.

Ini merupakan sebuah perkembangan yang menarik memandangkan bagaimana GTA V yang asalnya hanya dibina sebagai sebuah video game kini membantu penyelidik membina AI yang boleh digunakan pada masa akan datang.

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Filem Animasi Street Fighter Sedang Disiapkan Oleh Seorang Peminat

Dapatkan Dirt Showdown Percuma Sekarang!