Siapa yang belum pindahkan karakter GTA V? Baca berita ini baik-baik.
Semasa Grand Theft Auto V dilancarkan untuk current-gen consoles pada 2014, ia membenarkan para pemain untuk memindahkan progress yang telah mereka peroleh di PS3 dan Xbox 360 ke PS4 dan Xbox One. Keupayaan pemindahan ini hanya untuk progress di mode online, dan tidak membawa sekali progress yang telah dicapai dalam story mode.
Terbaru, dalam blog post yang dikeluarkan Rockstar, mereka telah mengumumkan bahawa keupayaan pemindahan ini akan ditamatkan pada 6 Mac 2017. Bermakna sekiranya anda belum memindahkan progress karakter anda dari old-gen consoles ke current-gen consoles, serta berhasrat untuk melakukannya, anda kini mempunyai kira-kira 2 minggu untuk melakukannya.
Tindakan Rockstar yang masih lagi membenarkan keupayaan pemindahan karakter ini sehingga kini boleh dikatakan amat mengejutkan, apabila memikirkan bahawa mereka tidak lagi mengeluarkan apa-apa kemaskini terbaru untuk PS3 dan Xbox 360 sejak September 2015.
Dalam statistik yang telah kami laporkan sebelum ini, GTAV V kini merupakan game ke-4 paling laris dalam sejarah video game.
Comments
Loading…