Menu
in ,

GTA V Akan Dibawa Lagi Ke PS5, GTA Online Percuma Semasa 3 Bulan Pertama Untuk Pemain PS5

Ini mungkin sesuatu yang tidak masuk akal, tetapi inilah hakikatnya.

Setelah pertama kali dilancarkan di PS3 (berserta platform lain), dibawa ke PS4, dan kini Grand Theft Auto V turut diumumkan untuk PS5. Berita ini diumumkan dalam acara digital PS5 yang baru sahaja tamat sebenar tadi.

Apa yang menarik ialah Rockstar turut mengumumkan versi standalone terbaharu GTA Online, yang mana pemilik PS5 akan mendapatnya secara percuma semasa tiga bulan pertama pelancaran game ini di PS5 kelak.

Malah Rockstar turut ingin menarik pemain PS4 untuk terus bermain game itu dengan menawarkan ganjara terbaharu — iaitu $1 juta dalam GTA Online akan diberikan kepada pemain pada setiap bulan sehingga pelancaran GTA Online di PS5. Syaratnya ialah pemain perlu log masuk ke dalam game itu dalam tempoh waktu tersebut.

GTA V dan GTA Online akan dilancarkan ke PS5 pada pertengahan kedua 2021.

Boleh kita katakan GTA V sebagai game pertama yang dilancarkan ke tiga generasi konsol berturut-turut?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Leave a Reply

Exit mobile version