Apa akan berlaku apabila memberikan game kedua paling laris dalam sejarah gaming secara percuma? Ya, pastinya berlaku kesesakan yang melampau untuk mengakses game tersebut.
Dalam satu tweet yang dikeluarkan, Rockstar Games telah mendedahkan bahawa mode online multiplayer dalam Grand Theft Auto V, atau lebih dikenali sebagai GTA Online, sedang mengalami gangguan untuk diakses. Tweet tersebut dikeluarkan kira-kira jam 2:40 pagi tadi (waktu Malaysia).
Rockstar berkata disebabkan jumlah pemain yang terlalu tinggi, mereka sedang mengalami isu dengan akses kepada Rockstar Games Services termasuklah Rockstar Games Launcher dan GTAV untuk PC.
Due to extremely high player volumes, we are currently experiencing issues with access to Rockstar Games Services including the Rockstar Games Launcher and GTAV for PC. We are actively working to resolve the issue and will keep you updated of any changes.
— Rockstar Support (@RockstarSupport) May 17, 2020
Walau bagaimanapun, jangan teragak-agak untuk cuba masuk ke dalam GTA Online sekarang kerana pada pukul 7.30 pagi tadi mereka telah mengumumkan yang isu ini sudah pun berjaya diselesaikan.
The issue impacting service performance for the Rockstar Games Launcher and GTAV on PC is now resolved. Thank you for your patience.
— Rockstar Support (@RockstarSupport) May 17, 2020
Pada Khamis lalu, Epic Games Store secara mengejutnya telah memberikan Grand Theft Auto V secara percuma. Ketika bermulanya pemberian percuma tersebut, Epic Games Store turut mengalami gangguan.
We are currently experiencing high traffic on the Epic Games Store.
We are aware that users may be encountering slow loading times, 500 errors, or launcher crashing at this time and we are actively working to scale. We'll provide an update as soon as we can.
— Epic Games Store (@EpicGames) May 14, 2020
Bagi yang masih belum mengambilnya, korang masih sempat melakukannya di Epic Games Store kerana tawaran percuma ini akan berlangsung sehingga 21 Mei. Apabila korang mengambilnya dalam tempoh waktu ini, ia akan menjadi milik korang selamanya.
Comments
Loading…