in , , , ,

GTA Online Mempunyai Lebih Ramai Pemain Pada Bulan Disember Lalu Sejak Pelancarannya

Empat tahun berturut-turut, GTA Online masih menyambung rekod bilangan pemain terbaru. GTA Online adalah sebab utama GTA 5 masih berada di pasaran dan masih meraih jumlah pemain baru.

Rockstar mendedahkan bahawa pada tahun 2017 adalah merupakan tahun terbesar buat GTA Online. Rockstar tidak merujuk kepada berapa banyak keuntungan yang mereka perolehi, jumlah bilangan pemain atau lain-lain. Tapi dengan pantas menambah bahawa Disember dilihat lebih ramai pemain dalam game tersebut berbanding hari-hari lain.

Disember juga merupakan bulan di mana GTA 5 menerima The Doomsday Heist, heist yang pertama ditambah ke dalam permainan sejak Heists dilancarkan.

Rockstar baru-baru ini telah mengeluarkan Lampadati Viseris, ia merupakan salah satu kereta terpantas dalam game tersebut di mana pemain boleh membelinya dan gunakannya dalam perlumbaan.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Anak Muda Tempatan Berusia 20 Tahun Ini Sudah Ada Game Indie Beliau Sendiri Di Steam, Ikuti Perbualan Kami Bersamanya

Game Perlumbaan Open-World Dakar 18 Didedahkan Untuk PS4, Xbox One Dan PC Oleh Deep Silver