Semuanya palsu semata-mata.
Ya, GTA Online sekarang dipenuhi dengan pengumuman Grand Theft Auto 6. Tapi korang janganlah terlalu teruja kerana Rockstar telah mengesahkan yang “pengumuman” itu adalah palsu, dan ia telah dilakukan oleh segolongan modders.
Sejak beberapa hari lalu, para peminat siri GTA telah dikejutkan dengan mesej yang pop-up di skrin GTA 5 Online mengatakan yang GTA 6 akan dilancarkan pada tahun 2019. Malah, ia turut mengajak para pemain untuk melakukan tempahan awal di laman web rasmi Rockstar.
Mesej ini hanya muncul di platform PC, PS3 dan Xbox 360.
Finally #GTAVI pic.twitter.com/Clkf9Sr1vX
— Benart (@notBen10_) June 26, 2018
Multiple players are suddenly seeing the following message when loading into GTAV:
"#GTAVI Coming 2019"
That's one way to announce a game!
👀 pic.twitter.com/g0EBdZ9itw— X̷ßƲᕲZ (@Xbudz) July 2, 2018
https://twitter.com/JakobRobijns/status/1013729454026346497
Hey, @RockstarGames is this true? #GTA #GTAVI pic.twitter.com/vy2DQoGE2y
— Danny (@Dasregenbogen) June 27, 2018
Ramai yang menganggap ia adalah berita benar dan rasmi yang dikeluarkan oleh Rockstar. Iyalah, kalau kami pun akan percaya memandangkan ia muncul di skrin game itu sendiri.
Namun, perkara ini telah disahkan oleh Rockstar sendiri sebagai palsu. Ia dilakukan dengan penggunaan mod, dan ia bukan mesej dan kenyataan rasmi daripada mereka.
This is a hoax made with the use of mods, and not an official message or statement from Rockstar Games. *OV
— Rockstar Support (@RockstarSupport) July 2, 2018
Jadi, korang janganlah terlalu teruja dengan ‘pengumuman’ ini. Dengan Red Dead Redemption yang bakal keluar pada Oktober ini serta GTA 5 Online yang masih lagi dikemaskini dengan kandungan-kandungan baru, pastinya GTA 6 masih jauh lagi untuk diumumkan.
Comments
Loading…