in , , ,

GTA Online Di PS5 Mungkin Akan Menyokong Sehingga 64 Pemain

Salah satu berita gaming paling mengejutkan tahun 2020 setakat ini ialah pengumuman Grand Theft Auto V bersama-sama dengan GTA Online akan dilancarkan sekali lagi ke konsol generasi akan datang, PS5 dan Xbox Series X.

Jualan GTAV telah muncul di beberapa laman web, antara di satu laman web Belanda ini. Daripadanya ada tertulis bilangan pemain maksimum yang boleh dimainkan dalam GTA Online, iaitu seramai 64 pemain.

Sekiranya deskripsi tersebut adalah sahih, bermakna jumlah pemain maksimum ini dinaikkan sebanyak dua kali ganda berbanding yang ada dalam PS4 dan Xbox One, iaitu hanya 32 pemain.

Ramai yang sudah mula merungut walaupun Rockstar Games masih belum mengesahkan perkara ini. Hal ini disebabkan 32 pemain maksimum yang sedia ada di konsol generasi masakini sudahpun terasa terlalu ramai dan toksik — menambahkannya sebanyak dua kali ganda akan menjadi malapetaka.

Selain itu, melalui laman web itu juga, kita boleh menjangkakan yang Rockstar akan mengenakan harga seperti sebuah game penuh (USD60, RM250) walaupun ia merupakan generasi ketiga dilancarkan selepas PS3/Xbox 360 dan PS4/Xbox One.

Walau bagaimanapun, berita ini masih lagi dalam status khabar angin. Jangan terlalu percaya mana-mana laporan selagi belum disahkan secara rasmi oleh Rockstar.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ghost of Tsushima Pecahkan Rekod PS4, Game IP Baru Paling Laris Dengan 2.4 Juta Unit

Ini Trailer Gameplay Assassin’s Creed Valhalla Yang Tiada Paparan Gameplay Langsung

Pemain Assassin’s Creed Valhalla Akan Boleh Tukar Jantina Pada Bila-Bila Masa, Ini Videonya