in , ,

Grounded – Game Survival Terbaru Ini Buatkan Pemain Mengencil Kepada Saiz Serangga

Hidup dalam dunia kecil yang dipenuhi dengan serangga dan halangan-halangan lain? Bunyinya menakutkan dan seronok pada masa yang sama.

Grounded merupakan sebuah game survival terbaru dari studio Obsidian Entertainment di mana setiap pemain akan mengencil menjadi saiz serangga untuk hidup dalam dunia kecil. Objektif utama pemain adalah untuk terus kekal hidup dalam menghadapi serangan serangga dan mencipta item-item baru untuk berlawan dengan makhluk yang lebih ganas.

Grounded diumumkan semasa pembentangan Inside Xbox X019. Ia akan dilancarkan menerusi program Xbox Insider dan boleh didapati pada Xbox Game Preview serta Xbox Game Pass selepas musim bunga (Mac-Mei) tahun 2020.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Dontnod Umumkan Game Baru: Tell Me Why Membawakan Tema Yang Cukup Kontroversi - Identiti Transgender

Dontnod Umumkan Game Baru: Tell Me Why Membawakan Tema Yang Cukup Kontroversi – Identiti Transgender

Kenali 2 Operator Baru Dari India Dan Kenya Yang Akan Dibawakan Ke Dalam Rainbow Six Siege

Kenali 2 Operator Baru Dari India Dan Kenya Yang Akan Dibawakan Ke Dalam Rainbow Six Siege